:: Archives ::
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
January 2005
February 2005
March 2005

:: About Me ::
e l m o 8 9 2 4
28 m a y 1984
f e m a l e
m a l a c c a
e l m o 8 9 2 4 @ y a h o o

:: F r i e n d ' s::
|...d r a 6 o n| |...a f i k _ b l u e| |...s n i p e r|
|...i e d a ' s| |...b u d a k b a s a h| |...m a t 'n' m y s|
|...a n a k o m a k| |...d a y u|
|...k a r l| |...a t u l 5 3 5 3|
|...h u d e r| |...m a T B o y|
|...L a d y P r e t t y B a r a|
|...d h i e y| |...m e| |...M r A h a k s| |...o n i z u k a| |...W D 1 2 1|
|...s t r a w b e r r y z| |...G u R L z |

:: W e b s i t e s ::
|...y a h o o| |...p h o t o|
|...g o o g l e|
|...b l o g g e r| |...b l u e h y p p o| |...m e s r a|

:: W o r d s ::
e l m o 8 9 2 4
when we love somebody, we're given our very special piece to them, our heart.. if they dont love the way we do, we will become victims...The Sweetest Dream Would Never Do better life the one i missing will cum back to me

:: S h o u t W i t h M e ::

:: V o t e 4 m e ::




Dezined By e l m o 8 9 2 4






elmo8924


Monday, February 28, 2005

selamat tinggal februari 2005

SELAMAT TINGGAL FEBRUARI 2005

Dengan pemergian FEBRUARI 2005,aku redha dengan ujian Tuhan ke atas diriku...aku terima dugaan yang telah diberikan kepada ku...aku bersyukur kepada Tuhan yang maha esa lagi adil yang telah memberi ku kekuatan untuk menempuhi segala dugaannya pada FEBRUARI 2005...Kenangan pahit yang harus ku telan untuk teruskan hidup...yang bakal menjelang...dan aku tidak tahu dugaan yang seterusnya yang patut kutempuhi...Ya ALLAH S.W.T kau permudahkanlah hidupku...sesungguhnya aku tak berdaya untuk menanggung segala dugaan mu terhadapku...permudahkan hidupku...Ya ALLAH S.W.T....AMINYARABBALALAMIN




Friday, February 25, 2005

tension...





Tension babe.........TENSIONNNN!!





HIMPUNAN ZIKIR MUNAJAT...

HIMPUNAN ZIKIR MUNAJAT...(INSAFLAH WAHAI UMAT MANUSIA)


KAMI MEMOHON TAUBAT KEPADAMU YA ALLAH KAMI KEMBALI KEPADAMU YA ALLAH KAMI SESUNGGUHNYA MENYESAL PERBUATAN MAKSIAT YANG PERNAH KAMI LAKUKAN...


CUKUPLAH PERHITUNGANKU DENGAN TUHANKU YANG MAHA MULIA. TIADA SESUATU YANG LAIN DIHATIKU SELAIN DARIPADA ALLAH, NUR MUHAMMA S.A.W


TUHANKU, HAMBAMU YANG INGKAR DATANG KEPADAMU MENGAKUI SEGALA DOSA MEMOHON KEPADAMU KIRANYA KAU AMPUNKAN, KAU LAYAK MENGURNIAKAN, KIRANYA KAU TOLAK PADA SIAPALAGI AKAN KU HARAPKAN

TELAH PUN MUNCUL BULAN PURNAMA DIATAS KAMI DENGAN PUJIAN-PUJIAN(SANJUNGAN) KAMI MENGALUA-ALUKAN UCAPAN KESYUKURAN KAMI AJUKAN. SERUAN ALLAH KAMI SERUKAN SELAWAT ALLAH KEATAS NABI MUHAMMAD. SELAWAT ALLAH KEATASNYA BERSERTA SALAM

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI, TUHAN YANG HAQ, TUHAN YANG BENAR(NYATA), MUHAMMAD PESURUH ALLAH, BENAR SEGALA JANJINYA LAGI DIPERCAYAI

HAMBAMU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADAMU YA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU YA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT, YA ALLAH YANG MAHA PELEMBUT

TIADA TUHAN YANG MELAINKAN ALLAH NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH YA ALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI SEGALA KELEBIHAN DAN KEMULIAAN MATIKAN KAMI YA ALLAH DALAM ISLAM

YA ALLAH, SELAWAT DAN SALAM KEATAS PENGHULU CAHAYA BAGI SEGALA CAHAYA, DAN PENGHULU RAHSIA BAGI SEGALA RAHSIA, PEMBUKA (KUNCI) BAGI SEGALA PINTU KEMUDAHAN IAITU PENGHULU KAMI DAN TUAN KAMI NABI MUHAMMAD, NABI YANG TERISTIMEWA DAN KELUARGANYA YANG SUCI DAN SAHABATNYA YANG TERBAIK, SEBANYAK MANA NIKMAT ALLAH DAN KELEBIHANNYA






renungan bersama...

RENUNGAN BERSAMA...

TUHANKU AKU TIDAK LAYAK MASUK SYURGAMU NAMUN TIDAK UPAYA MENGHADAPI SEKSA NERAKAMU DARI ITU KURNIAKANLAH AMPUNAN KEPADAKU AMPUNKANLAH DOSAKU SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA HAMBAMU ......ZIKIR MUNAJAT....





iloveu






kucing
















pantun

hari ini hari jumaat..
hari esok hari sabtu..
hari ini tanam mayat..
hari esok jumpa hantu..





Bicara Hati

Bicara Hati

Berikan aku sedikit masa
Untukku bicarakan segala yang terpendam
Yang selama ini telah kusorokkan
Di suatu wilayah terpencil di dalam hatiku
Agar kau mengerti
Apa yang kurasa
Apa yang ku perlu darimu

Berikan aku sedikit keringat
Untuk ku titipkan ke dalam
Titian perhentian yang belum
Pasti dapat aku susuri

Berikan aku sedikit penglihatan
Untuk terus memandu
Aku ke jalan yang lurus
Dan terang,menerokai jauh
Ke sudut yang gelap di hatimu

Berikan aku sedikit nafas
Untuk aku terus bernyawa
Meniti di hujung hatimu
Menghapuskan derita semalam
Yang belum mampu kau harungi

Berikan aku sedikit ruang
Untuk aku mendengar rintihan
Hati seorang insane yang sentiasa terseksa
Diragut bayangan keraguan

Berikan aku sedikit suara
Daripada aku terus membisu
Terus diam menyaksikan
Persembahan drama lakonan
Dunia terhadap dirimu

Berikan aku sedikit suara
Untuk aku berkata-kata
Berkan aku sedikit langkah
Untuk aku terus melangkah dan melangkah
Ke arah dirimu
Untuk aku terus bersama dalam
Pelukan manja dirimu
Kerna kau saja
Yang mampu redakan aku………..





CINTA DAN KEHIDUPAN

CINTA DAN KEHIDUPAN

Cinta bermula dari kehidupan
Tanpa kehidupan tiada cinta


Cinta itu terlalu indah
Kehidupan itu amat bahagia

Cinta tak mungkin wujud
tanpa kehidupan
Kehidupan tak mungkin bahagia
tanpa cinta

karena itu
Carilah cinta dalam kehidupan
Kerana cinta dan kehidupan
Saling memerlukan.





Realiti Perjalanan

Realiti Perjalanan

Berlari aku tercungap
Berjalan aku tersandung
Merangkak aku tergelincir
Berlutut aku jatuh

Tercungap aku bukan…….
Bermakna aku keletihan
Cuma mungkin lemas…
Selepas mengharungi suka duka kehidupan
Dengan insan tersayang..

Tersadung aku bukan …..
Bererti aku rebah luka….
Cuma mungkin aku tersepak
Tunggul penderitaan
Yang berada di pertengahan
Titian perjalanan ini

Tergelincir aku bukan……
Bermaksud aku tidak
Bermaya untuk bangun
Mengejar bayangan dirimu
Yang sentiasa berada…
Di hadapan bayanganku sendiri

Terjatuh aku bukan…..
Akan buatku untuk…..
Terus berputus asa
Bukan sukar bagiku untuk..
Bangkit berlutut….merangkak
Dan mula berjalan mencipta ruang untukku
Terus berlari mengejar
Bayangan pasti cinta ini……..





Salahkah Cintaku

Salahkah Cintaku
DiBelenggu Keliru
Tiada kepastian mengutusiku
Tatkala aku ibarat pohon layu
Ketandusan cinta dan kasih buatku
Walaupun amat kutahu
Cinta itu adalah milikku
Namun belum teguk manisnya madu

Salahkah cintaku
Kerana ia tak dibajai selalu
Walau pohonnya mekar dijatiku
Ataukah aku diuji Tuhanku
Menemui cinta yang baru
Yang jauh menghargai diriku
Tiada putus siraman kasih padaku

Salahkah cintaku
Menjadi srikandi mencurangi kekasihku
Dulunya dialah penyambung nafasku
Arjuna penyelamat semangatku
Pernah kukatakan padanya dulu
Denyutan Nadiku Tak sempurna tanpamu...

Salahkah cintaku
Lautan Luas Pemisahmu
Aku kini jadi buntu
Apakah jalan terbaik untukku
Mempertahankan cinta aku yang dahulu
Atau kubajai kasih yang baru
Lantaran masa tak sudi lagi menantiku
Malah sudah letih benar diriku
Menunggu satu dan persatu
Cintaku datang dan Berlalu....





KEHIDUPAN

KEHIDUPAN...

Kehidupan ini bagai diambang penderitaan...
Yang tidak mampu untuk aku tempuhi...
Andai diri ini tidak bertemankan...
Insan yang bernama kekasih...

Kehidupan ini umpama penantian...
Yang belum pasti dapat aku lalui....
Andai setiap langkahku tiada...
Tatihan seorang kawan....

Kehidupan ini di alam kesengsaraan...
Yang sukar untuk ku ungkapkan.....
Andai setiap perjalanan yang ku ukir....
Tiada restu ibubapa....

Kehidupan ini ibarat syurga bagiku....
Yang tak mampu aku gambarkan....
Andai setiap usaha.....
Disulami dengan keyakinan yang menggunung.....
Bersuterakan suara halus yang.....
Disatukan menjadi....
Secebis doa keberkatan....

Kehidupan ini adalah sementara bagiku....
Tempat persinggahan ....
Dan kehidupan abadi .....
Hanya menjengukku....
Sesekali....





KALAU PEREMPUAN KATA

KALAU PEREMPUAN KATA:
Kita lebih sesuai berkawan saja.

MAKNA TERSEMBUNYI:
I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?



KALAU PEREMPUAN TANYA:
Lawa ke budak pompuan tu?

MAKNA TERSEMBUNYI:
Siapa yang paling lawa? I ke,budak pompuan tu?


KALAU PEREMPUAN TANYA:
You dah makan ke belum?

MAKNA TERSEMBUNYI:
Jom pi makan. Lapar ni!


KALAU PEREMPUAN KATA:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.


MAKNA TERSEMBUNYI:
Belikanlah untuk I.


KALAU PEREMPUAN KATA:
Rasa macam nak pening la.


MAKNA TERSEMBUNYI:
Tolong la picit kepala.



KALAU PEREMPUAN KATA:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...


MAKNA TERSEMBUNYI:
Kita makan kat luar jelah.Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


KALAU PEREMPUAN KATA:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...

MAKNA TERSEMBUNYI:
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you,rasa macam nak jadi awek you je.


KALAU PEREMPUAN TANYA:
You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

MAKNA TERSEMBUNYI:
Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.



KALAU PEREMPUAN KATA:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.


MAKNA TERSEMBUNYI:
Amboi! Aku yg kena berkorban.
Habih, hangpa dua ekoq yang seronok.



KALAU PEREMPUAN KATA:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.


MAKNA TERSEMBUNYI:
Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira!Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.





Eslina

EEnchanting
SSensational
LLively
IIrresistible
NNeglected
AAltruistic





Cinta Dalam Kehidupan

Cinta Dalam Kehidupan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
insan yang salah sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak
nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita
boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang
kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang....memberi
seseorang seluruh cinta kita




Thursday, February 24, 2005

Pikat Si Dia Melalui Tarikh Lahir

Pikat Si Dia Melalui Tarikh Lahir


1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan
yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya
.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa
bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya
dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah
sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara
kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha
mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama
mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari
tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi
seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk
mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah
kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui
rahsia yang disembunyikan itu.

21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody .

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan
santun bila berhadapan
dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang
kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak
seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya
berjanji dengan si dia

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia
terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan


31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu
gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy





Utusan Tanpa Suara

Utusan Tanpa Suara

Ke hadapan Dikau ....

Teringat lagi aku akan dikau yang mewarnai hidupku sejak mengenalimu lewat dua tahun yang lepas. Walau caramu buat aku jadi rimas dan seringkali serba salah namun kini kata-katamu hampir kesemua benar belaka. Dikau hidangkan aku dengan tusukan bisa kata-kata yang selalunya buat aku masam mencuka. Namun bila aku amati ke
mbali dan menempatkan diriku memahami dalam maksudnya kata-katamu, ya benarlah jua bimbinganmu selama ini terhadapku.

Lebih baik diam dari terus berkata-kata sedang mulut dan jemari terlalu ingin menyapa lagi dan banyaklah nista serta cela diri terbuka. Barangkali kerana itulah dikau lebih senang untuk me
mbatu diri andai tiada yang penting untuk dilakarkan dalam satu hari. Aku pula amat-amat sukar menghimpun kekuatan untuk hadapi suatu hari tanpa suara sedangkan hati meronta-ronta ingin menyatakan apa ku rasa. Dek kerana inilah agaknya timbul konflik yang pelbagai, namun kerana kita punya alunan rasa yang senada kurniaanNya, kita sama-sama akur untuk kembali dengan kejernihan yang nyata sentiasa ada. Terima kasih sayang kerana sentiasa setia disisi walau dugaan silih berganti, kau tetap menyakini aku lah surimu dihati.





Masihkah Ada Ruang....

Masihkah Ada Ruang....

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya
aku mendengar " you terlewat sedikit"..
Rasa sedih , pilu bercampur baur
Tiadakah peluang utk aku..
Aku juga seperti org lain..
mengimpikan impian dan rasa
untuk bersama...
Aku bukanlah seperti org lain
yang kuat untuk menyatakannya...
cuma... aku mengharap pengertian
untuk difahami..
kerana aku tahu kau juga
dapat merasa apa yang aku rasai..
Masihkah ada peluang...
dan masihkah ada ruang untukku...???





TIADA KEBAHAGIAN YANG DATANG

TIADA KEBAHAGIAN YANG DATANG

BUAT MU YANG MEMPUNYAI HATI...

AKU SEORANG YANG KESEPIAN...
SEORANG YANG SERING KEDUKAAN...
MUNGKIN AKU DILAHIRKAN
KERANA ITU

AKU SELALU MENHARAPKAN
BAHAGIA MENJELANG SETIAPKALI AKU TERJAGA
DARI LENA YANG PANJANG....
KEMUDIAN AKU TERSENYUM
MENGHARAPKAN MENTARI MENGUSIK
EMBUN PAGI

TAPI ITU HANYA SEBUAH HARAPAN
YANG AKU HARAPKAN ....
TAPI AKU SELALU KESUNYIAN...
TIADA KEBAHAGIAN YANG DATANG
WALAU AKU MEMANG IMPIKAN





Kenapa cinta tercipta?

Kenapa cinta tercipta?

begitu mudah ia datang
lagi mudah ia pergi
aku kini
terdampar kesunyian
mengharap ia datang
tak pula ia tiba
mudah menghampiri
bila aku mengelak darinya..

CINTA...
MENGAPA KAU RAGUI KEIKHLASAN
HATIKU?
MENGAPA KAU PERGI SAAT AKU MEMERLUKANMU?
CINTA..
KAU BUAT AKU KELIRU...





CINTA! OH! CINTA!!!

CINTA! OH! CINTA!!!

"Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.

"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.

"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.

"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.



Episod di atas mungkin sesuatu yang amat biasa kita temui. Bercinta dan merana, kecewa dan dalam sesetengah kes "frust menonggeng" hingga hilang arah tujuan. Malah di Malaysia sendiri, ruang hiburan dikuasai oleh lagu-lagu cinta remaja. Namun, apa yang ingin disentuh di sini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara, Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun.

Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."



Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah. Namun, perasaan ini haruslah dijaga, ie.


"You must be the master of your feelings, don't let your feelings be the master of you"


Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah. Bak kata orang tua-tua:


Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan,
Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan...



.....Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya.....

Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.

Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.


"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu."
(surah Al-Maida: 3)


Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.

Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...




Wednesday, February 23, 2005

Aku Bosan Sangat....

Ari ni aku tak g makan sebab aku tak selera nak makan...aku risau...aku takut...semuanya ada dalam diri aku...aku tak tahulah aper yang aku wat...TENSIONNYER....




Tuesday, February 22, 2005

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

-Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau

buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi

setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ......

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga
dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia
itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "




Thursday, February 17, 2005

UntukMu

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun kau pergi
Jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kitakan kembali
Menghidupkan semula
Janji bara cinta

( korus )
Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan dijiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Saban hari diri ku menunggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kan jadi penawar

Rinduku padamu
Tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu
Bagaikan terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula
Janji bara cinta

Yeah... mimpi yang dikejar
Telah pun menjadi nyata
Teristimewa untuk anda semua...
UNTUKMU





Semua Untukmu

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi





UCAPKANLAH...

Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya Rahsia yang tersimpan di dada sekian lama Namun kelu terus membisu menatap wajahmu Daku malu tapi tak mahu kehilanganmuUcapkanlah cinta Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu Sepanjang hayatmu Ucapkan kau rindu Daku yang kau mahuYang kau cari telah kau temui Ku tidak tertahan lagi untuk ku mengaku cintamuDan kadangkala kita hanya sedar keindahannya Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan Yang berikan ku segala makna kehidupan
Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmataAndai kau terima cintaku Daku kan belaikan tanganmuDi penghujung waktu kau dan aku di dunia




Wednesday, February 16, 2005

Aku masih mengharap pada cinta yang tak pasti...

Kerana aku masih menyayanginya dan aku masih perlukannya dalam hidup ku...Ya ALLAH tolonglah hambamu ini...Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah...aku tak sanggup untuk menempuhi dugaanMu padaku Ya ALLAH...Keindahan hidup hanya sementara...semuanya adalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T...





Mengenangkan nasib

Aku saban hari menghitung waktu untuk bersama orang yang amat aku sayangi...tapi kini semuanya hancur berkecai punah segala harapan...Lelaki ia suka datang dan pergi sesuka hati mereka suka mereka datang dengan pujuk rayu...tapi jika mereka dah benci dah tak suka dan bila mereka dah jemu mereka pergi tanpa sebarang kata.Aku benci dengan lelaki yang hipokkrit...




Tuesday, February 15, 2005

valentine

CERITA VALENTINE'S

"Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil.Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite resit
paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak
duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je.Takut kalau puji kang ayang
marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks,kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah
kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend.Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend
kesemuanya.Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun.Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene
reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite,kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak
tampar,nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain,kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.


10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30.Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.


12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam
ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom.Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah romen.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang.


16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang,kite gak yang tido kat sofa.


17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.


18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau.30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.




Monday, February 14, 2005

Suratan atau Kebetulan


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( ulang dari korus 1)